Jude Toyat
Seperti yang anda semua tahu, minggu ini merupakan minggu yang menentukan siapakah pelajar Akademi Fantasia yang akan meraih imuniti yang telah diperkenalkan sejak konsert ke-6 yang lalu. Imuniti yang akan diberi ini dinilai berdasarkan 50% undian pengundi, dan 50% lagi dari para pengkritik dari minggu lalu, iaitu minggu ke-7. 

Apakah ganjaran imuniti ini? Pelajar yang akan mendapat imuniti akan terus dihantar ke peringkat final AF9, tanpa perlu melalui konsert seterusnya, iaitu konsert ke-9. Peluang yang lumayan. Bukan senang ok nak smp final.

Ok. berbalik kepada konsert minggu kelapan ini, diamana para pelajar telah diberikan amanat untuk menggunakan daya kreativiti masing-masing sebanyak 100% dalam setiap persembahan. Peluang baik untuk mereka cipta persembahan sendiri, tetapi ini sekali lagi terpulang kepada para pelajar sekalian. Lagu-lagu yang akan disampaikan pada minggu kelapan ini pula adalah dari pilihan pendengar Radio ERA dan pelayar laman web Murai.com.

Erul - Bunga Angkasa (Terra Rossa)
Melihat kepada persembahan Erul pada minggu ini, saya dapat mengkonklusikan bahawa Erul ini mempunyai low creativity level. Apa yang diinginkan beliau adalah supaya adanya cermin, spotlight, meskipun baju pun dipilihnya sendiri, iaitu smart casual bak kata beliau (lagi Korean style, ermmm), namun tidak menunjukkan apa2 kelainan pun bagi saya sebagai peminat. Penerangan beliau terhadap lagu dan cara penyampaian amat tidak relevan langsung. Beliau menjelaskan bahawa lagu tersebut adalah seperti beliau menggambarkan beliau adalah orang bunian yang cuba untuk mendalami erti cinta!? Suara Erul nampak amat tertekan, motif nak jerit-jerit dan buat muka sengsara semacam. Mana efek cermin n spotlight kau tak nampak pun!? Merepek.
Komen Ogy: Suara flat jer.
Komen Sham: Suara ok.
Komen Hattan: ???

Lena - Kisah Hati (Alyah)
Idea yang murni, duduk di kelilingi kelopak ros putih, menyanyi sambil berjalan dan berdiri sambil focus on camera. Beliau menerangkan lagu tersebut menceritakan seorang pengantin yang tak kesampaian. Pada minggu ini, Pak Nil telah mempersoalkan kewujudan lelaki misteri yang selalu berlegar-legar di kawasan rumah kaca. Lena dengan memakai dress putih, dan suaranya yang asyik (ok lah tu)...kelopak bunga ros pun bertaburan di atas lantai, daya kreativiti yang tidak digunakan (i mean just the roses on the floor, with her voice and her bling2 dress??) mood lagu yang agresif (bak kata Ogy), tidak spt lagu itu yg spatutnya menayangkan kesedihan sekiranya betul lah pengantin itu tidak sampai kahwin. Selepas selesai dengan persembahan, ada lah pula si Pak Nil menyakat Lena dengan panggilan dari lelaki misteri itu, yang bernama Azman, mengharapkan yang terbaik untuk Lena dan dia tiada lagi d rumah kaca sbb mlanjutkn pljrn.ha3
Komen Ogy: feel lagu x kena
Komen Sham: range suara tdk dinamik 
Komen Hattan: feel xcukup, memang pun mendatar jer

-Tayangan 2 pelajar tercorot setakat ini: Fina(ke-4) ; Azri(ke-5)-

Azri - Luar Biasa (Shahir)
Berbekalkan mic stand, dengan movement entah apa entah dia buat lantak dia lah...baju ikut konsep AF jer...beliau kata xnak apa2 just mic stand jer, sbb nak explore dr segi perwatakan dlm lagu tersebut...dalam asyik2 beliau menyanyi ada lah pula VT Nera terpampang!? motif AF asyik nak mempermainkan perasaan para pelajar sejak dulu lagi...Dalam VT itu pula si Gambit berlakon sebagai kekasih baru Nera? hahaha...
Komen Ogy: suasana xda, suara xmbantu, ekspresi tdk slari dgn bhs tubuh, teragak2???
Komen Sham: cari diri sendiri (branding), sbb stiasa dibandingkn dgn Shahir, Aizat atau Faizal Tahir
Komen Hattan: banyak flat note bukan blue note, feel jiwa kurang 

-Tayangan 2 pelajar tercorot setakat ini: Azri(ke-4) ; Fina(ke-5)-

Hazama - Sendiri (May)
Yang ini lagi ekstrem, siap ber-eyeliner serta bergincu hitam lagi tu...kata beliau sebab xnak pengkritik tdk nampak progression sbb lagu n mood last week sama, beliau pun tlh mjemput dua pemuzik professional (pemain gitar)...sebelum beliau menyanyi, VT bahawa rambut Hazama tlh mjadi trend di luar pun dtayangkan??? Sejak bila jd trend dia!? Dengan leather jacket dan black eyeshadow!? n lagu = what's the point!? not relevant for me, it's out...beliau pun sempat lg ckp bhw beliau xnak dgr para pengkritik mengkritik body movement beliau...
Komen Ogy: subject matter tdk sesuai, psembahan dgn muka n pnampilan keseluruhan!?
Komen Sham: terlaju berjaga2, mungkin ada transition/pertukaran nak dibuat, stail dulu lg bagus dan lg dinamik 
Komen Hattan: hari ini Hazama FAILkan beliau, today YOU FAILED ME! 

-Tayangan 2 pelajar tercorot setakat ini: Hazama(ke-4) ; Fina(ke-5)-

Fina - Samudera (Nora)
VT Lady Gaga!?? ha3...serba biru lengkap dgn 2 orang penari...personally, I don't liker her look, wig, makeup and all this week, kesian pula tengok dia mcm rupa haram jer, xnampak mcm Fina langsung!
Komen Ogy: persembahan mendatar, awak dah nak jadi monotonous, jaga2
...seorang yg sgt berbakat

-Tayangan 2 pelajar tercorot setakat ini: Azri(ke-4) ; Fina(ke-5)-

tup
tupp
tuppp
..........
.............
................

and the IMUNITI goes to F-I-N-A, FINA!! (not what I expected, but neway, congrats)
LENA yg di kdudukan tercorot slps undian dtutup tdk disingkarkan, sekadar gimik.
0 Responses

Post a CommentBest Blogger Tips