Jude Toyat

JUST TO REMIND YOU TO BE MORE CAREFUL

ANSWER THE PHONE BY LEFT EAR

DO NOT DRINK COFFEE TWICE A DAY

DO NOT TAKE PILLS WITH COOL WATER

DO NOT HAVE HUGE MEALS AFTER 5PM

REDUCE THE AMOUNT OF TEA YOU CONSUME

REDUCE THE AMOUNT OF OILY FOOD YOU CONSUME

DRINK MORE WATER IN THE MORNING, LESS AT NIGHT

KEEP YOU DISTANCE FROM HAND PHONE CHARGERS

DO NOT USE HEADPHONES/EARPHONE FOR LONG PERIOD OF TIME

BEST SLEEPING TIME IS FROM 10PM AT NIGHT TO 6AM IN THE MORNING

DO NOT LIE DOWN IMMEDIATELY AFTER TAKING MEDICINE BEFORE SLEEPING

WHEN BATTERY IS DOWN TO THE LAST GRID/BAR, DO NOT ANSWER THE PHONE AS THE RADIATION IS 1000 TIMES

FORWARD THIS TO THOSE WHOM YOU CARE ABOUT
Jude Toyat
I've watched Beastly, a 2011 romantic fantasy film, which the inspirations comes from the novel of the same name. This story is a kind of retells of Beauty and the Beast, which is indeed a modern-day version, filmed in NYC. It was pretty awesome ;)

This film stars Vanessa Hudgens and sexy actor Alex Pettyfer.


The plot of this story actually focuses on Kyle Kingston, wealthy yet arrogant high school student. During an environmental event, he disrespects a classmate, who is secretly a witch in disguise. The witch casts a spell on Kyle which makes him disfigured, and the only way to break the spell is to find true love, or left living like that with his monstrous looks forever.


What is there for me in the story is that we can really differentiate the difference between those beautiful people with those who are considered an alien to the world. It really does teaches that the only true love comes not from the looks on the outside, but it does comes from the heart inside. Romantic, magical love it is, as true to the saying, "Beauty is in the eyes of the Beholder". Love this story very much.
Jude Toyat
Penunggu Istana
Pengarah : Wan Hasliza
Penulis/Lakon Layar : Wan Hasliza
Lakonan : Siti Nadhirah(Adeek), Sara Ali, Nor Zafirah Abd Rahim, Amar Asyraf Zailuddin, Mustaqim Mohamed Zaki, Nadzirah Ahmad Nadzri, Uncle Seekers
Tarikh Tayangan : 21 April 2011


Sinopsis Filem
Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak. Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’). Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza. Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ. Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.


Seru

Pengarah : Ming Jin, Pierre Andre
Lakonan : Sharnaaz, Cut Mutia, Azman Hassan, Kat, Nora Danish, Awal Ashaari, Pierre Andre
Tarikh Tayangan : 28 April 2011

Sinopsis Filem
Mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran filem seram bertajuk "Jangan Bernafas". Semasa penggambaran berlangsung, secara tiba-tiba, pelbagai kejadian aneh dan peristiwa berlaku, diluar jangkaan mereka. Padanya mulanya, mereka menganggap ia hanyalah rasukan biasa dan kru di sebalik pembikanan filem tersebut, ingin menjadikannya sebagai "footages" menarik untuk tujuan promosi filem tersebut. Namun, seorang demi seorang menjadi sasaran rasukan dan juga pembunuhan, menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal.... tetapi kamera yang digunakan, masih terus merakamkan aksi yang terjadi .


Apakah seterusnya bakal terjadi kepada kumpulan tersebut, mampukah mereka mengelak daripada dirasuk dan diburu entiti yang tidak diketahui?. Nantikan kesudahan filem SERU, yang akan menemui penonton pada 28 April 2011. Antara barisan pelakon ialah Awal Ashaari, Pierre Andre, Nora Danish, Shaarnaz, Qhaud AF7, Dazrin, Sufian Mohamed, Nisha Dirr, Khatijah, Cut Mutia, Dewa Sapri dan ramai lagi.

Kongsi


Pengarah Farid Kamil
Lakonan : Shaheizy Sam,Fizo Omar,Yana Samsudin,Azad,Bront Palarae dan Putri Mardiana
Tarikh Tayangan : 12 Mei 2011


Sinopsis Filem
TUMULAK, seorang pembunuh upahan berasal dari Thailand telah diupah oleh Ketua Gangster Thailand iaitu KIMPEDU. KIMPEDU yang tamakkan kuasa dan wang, merancang untuk membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia baSgi menimbulkan kekacauan diantara kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India. Ini akan memudahkan kumpulannya menyusup masuk dan menguasai kawasan pemerintahan dan perniagaan ahli kongsi gelap di Malaysia.

Segala kekecohan ini berlaku bermula di Pulau Pinang. ASP SHARIF yang bertugas di bahagian D7 kongsi gelap, judi dan maksiat bertanggungjawab di dalam kes – kes yang melibatkan ahli kongsi gelap. Setelah banyak kes pembunuhan berlaku dan berita tersebut tersebar luas. Wajah fotofit TUMULAk terpampang di poster dan televisyen sebagai orang yang paling dikehendaki di Malaysia. KIMPEDU lantas mengarahkan MAIA iaitu pembunuh upahannya yang kedua untuk memburu dan membunuh TUMULAK agar rahsia perancangannya tidak terbongkar kepada pengetahuan kumpulan kongsi gelap Malaysia dan pihak Polis.

TUMULAK diburu oleh Polis, kumpulan kongsi gelap dan seorang pembunuh upahan. Pelbagai strategi dirancang bagi meloloskan dirinya dari pihak – pihak tersebut. TUMULAK mengugut ASP SHARIF agar tidak mengganggunya. MAIA, pembunuh upahan kedua berjaya ditangkap oleh TUMULAK. TUMULAK berjaya melepasi sekatan Polis dan keluar dari Pulau Pinang menuju ke sempadan Thailand tetapi akhirnya beliau tumpas ditangan Skuad UTK Polis.

Nur Kasih
Pengarah : Kabir Bhatia
Penulis : Kabir Bhatia(Lakon Layar), Mira Mustaffa(Scriptwriter)
Lakonan : Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah
Tarikh Tayangan : 19 Mei 2011

Sinopsis Filem
Sebuah Filem dari Drama Bersiri Nur Kasih.















Karak

Pengarah : Yusry Abd Halim
Penulis (Cerita Asal) : Norman Abd Halim
Lakonan : Shahir AF8, Sheera Aiyob, Kilafairy, Md Eyzendy, Sidek Hussain


Sinopsis Filem
Filem Karak ini mengisahkan sebuah cerita lagenda dan kisah seram di sepanjang lebuhraya Karak dan merupakan filem seram cubaan pertama terbitan KRU Studio yang diarah oleh Yusry Abdul Halim.

Empat orang pelajar kolej yang sedang dalam perjalanan pulang ke Kuantan setelah menghabiskan masa malam mereka di Kuala Lumpur. Semasa perjalanan pulang, mereka terperangkap di dalam kesesakan jalaraya di sepanjang lebuhraya Karak.

Mereka perlu pulang segera kerana perlu menghadiri kuliah pada keesokan paginya, lantas memilih untuk menggunakan sebatang jalan lama tanpa mengetahui jalan yang mereka pilih akan merubah hidup mereka dengan pelbagai kisah yang menyeramkan.


Toyol Nakal

Pengarah : Z. Lokman
Penulis : Z. Lokman
Lakonan : Julia Ziegler, Abon, Mr.OS, Johari Hamid, Bobby
Tarikh Tayangan : 2 Jun 2011


Sinopsis Filem
Sebuah cerita Komedi semasa dengan lebih seribu ketawa. Toyol Nakal memulakan kisahnya dengan seorang budak yang digelar Toyol. Usianya baru 13 tahun tapi nakalnya sangatlah pelik. Dia sanggup meninggalkan bangku sekolah walaupun berasal dari golongan berada. Kawannya bukan saja seusia dengannya tapi orang dewasa.Walaupun nakal tapi hatinya mulia. Toyol yang lama meninggalkan kemewahan hidup pulang semula ke banglo tempat dia dibesarkan. Didapati suasana telah lain, ayahnya kahwin baru, itupun sesudah kematian ibunya beberapa tahun dulu.

Malam pertama ayahnya dengan mak mudanya banyak gangguan dibuat oleh Toyol. Sampai kepagi ayahnya tergelincir dari menjalankan tugas sebagai suami terhadap isteri yang baru dinikahinya. Bibik orang gaji selalu menasihati Toyol agar lebih bersopan tapi semuanya tidak diambil pusing oleh Toyol. Kerana tidak tahan dengan perangai anaknya Toyol, Tuan Ali membiarkan saja apa yang disenangi oleh Toyol. Budak nakal itu meninggalkan banglo dan kemewahan hidup. Di bandar, Toyol bertemu kawan dengan Aliff seorang bujang terlajak yang sama lebih kurang dengan perangainya.

Tapi Aliff yang dewasa lebih berwawasan. Mereka tinggal serumah, Aliff menpunyai seorang kekasih penjual bunga yang buta. Tiap kali pulang dari kerja Aliff akan menemui Hazira. Gadis buta itulah tempat Aliff melepaskan rindu pandangan. Berbagai perkara lucu berlaku bila penguatkuasa bertindak terhadap penjaja-penjaja haram di tepi jalan. Aliff turut melindungi “Stall” Bunga Hazira tapi tersalah langkah. Hazira pula yang memarahinya. Apa pun mereka berkawan semula. Toyol senang dengan perangai Aliff yang dianggapnya sebagai abang. Datuk Toyol yang bernama Al-Bana seorang dukun yang mengamalkan ilmu hitam.

Dia benar-benar memelihara “Toyol Hantu” untuk kepentingan dirinya. Tapi akhirnya Al-Bana sendiri menjadi mangsa “Toyol Hantu” yang banyak syarat itu. Hingga si datuk sanggup mencabul kehormatan isteri orang yang datang berubat dengannya. Datuknya ditangkap polis. “Toyol Hantu” bebas. Tapi kehadiran “Toyol Hantu” dan budak yang digelar Toyol itu kian celaru. Macam-macam perkara nakal terjadi. Akhirnya “Toyol Hantu” tewas ditangan budak Toyol. “Toyol Hantu” mati terbakar. Apa pun meseg sebenar cerita ini ialah tentang Haliza yang buta mahu membuat rawatan di hospital.
Pembedahan memerlukan wang yang banyak. Aliff tidak ada wang sebanyak yang diperlukan. Toyol ada idea, ia membawa Aliff mencuri di sebuah rumah banglo kepunyaan ayahnya. Waktu itu ayahnya sedang tidur nenyak. Toyol ada kunci banglo dan tahu membuka “Safe”. Duit sebanyak lima puluh ribu dikeluarkan. Dan dengan duit curi itu dapatlah Aliff membiayai pembedahan mata Hazira. Malangnya bila Hazira sudah celek dia tidak dapat menerima Aliff sebagai kekasihnya kerana Ariff kurang hensom. Kakanya Nisa memperkenalkan Azman kacak lawa dan kaya sebagai pasangan Hazira. Aliff hampa dan mambawa diri tetapi Toyol tetap setia dengannya. Mereka berjanji mahu menjadi manusia yang lebih berwawasan. Aliff dan Toyol datang “declose” pada Tuan Ali atas segala kesilapan dan kecurangan mencuri. Tuan Ali memaafkan dan minta Aliff membetulkan perjalanan hidup anaknya Toyol.

KL Gangster 

Pengarah : Syamsul Yusof
Penulis/Lakon Layar : Syamsul Yusof
Lakonan : Syamsul Yusof, Ridzuan Hashim, Aaron Aziz, Adyputra, Zizan Raja Lawak
Tarikh Tayangan : 9 Jun 2011

Sinopsis Filem
Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orang-orangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.

Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan... Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka...segala-galanya akan terjawab dalam "KL GANGSTER".

3, 2, 1 Cinta 

Pengarah : Azhari Mohd Zain
Lakonan : Diana Amir, Farid Kamil, Pierre Andre, Mustapha Kamal, Sheila Mambo, Zila Bakarin, Ruzaidi Abdul Rahman
Tarikh Tayangan : 16 Jun 2011

Sinopsis Filem
MENGISAHKAN Sam, anak gadis yang berpewatakan kasar seperti lelaki yang baru sahaja berpindah untuk menyambung pelajaran di sebuah kolej. Dia bertemu semula dengan kawan baik semasa sekolah iaitu Fariz di situ. Dalam masa yang sama, Sam mula ditakut-takutkan dengan fakta bahawa dengan sikap kasarnya itu, dia akan ditakuti oleh semua lelaki dan dia akan bersendirian sampai mati.

Ini Secara kebetulan, Sam terserempak dengan Nazril, lelaki idaman seluruh kolej. Dia tercabar dengan sikap Nazril yang hanya melayan perempuan cantik sahaja menyebabkan dia tekad untuk memikat Nazril. Pelbagai peristiwa yang melucukan dan romantis berlaku sepanjang usaha Sam untuk memikat Nazril termasuk cuba merubah penampilan dan sikap kasarnya. Dalam masa yang sama, hubungan Sam dengan bapa tirinya dan adik tirinya, Mimi juga semakin pulih dan erat. Akhirnya, Nazril jatuh cinta dengan kesungguhan Sam apabila Sam sanggup membantunya untuk menguruskan rumah anak yatim yang dibinanya.

Sam juga sanggup mengajar anak-anak yatim itu dengan caranya yang tersendiri. Namun, rupa-rupanya Fariz selama ini menyintai Sam dalam diam. Fariz meluahkan perasaannya pada Sam. Sam yang keliru dengan luahan Fariz itu cuba berfikir kembali tentang perasaan dirinya terhadap Fariz dan Nazril. Dan ketika Nazril pula meluahkan perasaan kepada Sam, Sam sedar dan yakin siapa sebenarnya yang harus dipilihnya.
Jude Toyat
Selepas 5 tahun menanti untuk bergelar sebagai pelajar Akademi Fantasia, penantian Hazama nyata amat bermakna apabila dia diumumkan sebentar tadi sebagai juara Akademi Fantasia musim ke-9, sekali gus bergelar juara terakhir program realiti tersebut yang melabuhkan tirainya sebentar tadi dalam Konsert Final AF9.


Hazama atau nama sebenarnya, Hazama Ahmad Azmi, 26, mula menceburi AF sejak musim ke-4 namun hanya sempat hadir sebagai calon prelude. Namun, kejutan terbesar AF9 iaitu pengumuman Operasi Gugur di mana pelajar yang sedia ada akan digugurkan, dan dua calon baru dibawa masuk merupakan titik mula peluang kedua Hazama dalam program realiti paling popular di negara ini.

Bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya sebentar tadi, nama Hazama diumumkan oleh hos, Aznil Haji Nawawi sebagai juara AF9 menewaskan tiga calon juara lain iaitu Lena, Fina dan Azri. Hazama menyampaikan lagu Pukau nyanyian asal Tomok dan persembahannya untuk lagu ini dihiasi kemunculan istimewa Lisa Surihani. Lagu keduanya adalah lagu yang dicipta khas sebagai singlenya sendiri bertajuk Cinta Teragung. 

Kemenangan Hazama membolehkannya membawa pulang sebuah trofi sumbangan Astro, wang tunai RM200,000, hamper serta wang tunai tajaan Power Root bernilai RM5000, dan sebuah kamera bernilai RM3299 tajaan Sony.   


Lena atau nama sebenarnya, Lenaber Binti Haidir, 20, muncul naib juara AF9 dan menerima sebuah trofi sumbangan Astro, wang tunai RM50,000, hamper serta wang tunai bernilai RM2000 tajaan Power Root dan sebuah kamera bernilai RM1499 sumbangan Sony. Lena menyampaikan lagu Dunia nyanyian asal Bunkface dan lagunya sendiri Sisa Kisah Kita menyaksikan kemunculan istimewa Bintang Paling Popular 2010, Shaheizy Sam. 


Fina, atau Nurshafinaz Binti Jebat, 18, peserta yang diserap masuk bersama Hazama memenangi tempat ketiga dan menerima sebuah trofi sumbangan Astro, wang tunai RM20,000, hamper serta wang tunai bernilai RM1000 tajaan Power Root dan sebuah kamera bernilai RM1499 sumbangan Sony. Fina mendendangkan lagu Satu Harapan nyanyian asal Jaclyn Victor di mana kakak dan adiknya tampil membuat persembahan bersama selain lagu singlenya sendiri, Menangis Lagi. 


Seorang lagu finalis, Azri atau Mohd Azri Abdullah, 24, berada di tempat keempat dan membawa pulang sebuah trofi sumbangan Astro, wang tunai RM5000 serta sebuah kamera bernilai RM1499 tajaan Sony. Lagu untuk Azri adalah Ku Tak Bisa nyanyian asal Slank dan Niskala yang merupakan singlenya sendiri.

Konsert Final AF9 agak istimewa kerana menampik hos asal AF9, Aznil Haji Nawawi bersama bekas-bekas hos Akademi Fantasia iaitu AC Mizal, Jimmy Shanley dan Sarimah Ibrahim sebagai hos bersama. Pengkritik tetap AF9 iaitu Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Hattan tampil bersama pengkritik jemputan yang juga bekas pengetua AF selama dua musim, Datuk Ramli MS.

Juara-juara lalu AF sejak musim pertama juga muncul dengan persembahan istimewa iaitu Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Hafiz kecuali Shahir yang mengalami kecederaan. Kumpulan yang dianggotai Pengetua AF9, Search juga tampil membuat persembahan dengan lagu Gothic Malam Eden, Isabella dan Pelesit Kota.

Berikut adalah kedudukan dan peratusan undi selepas talian AFUNDI ditutup malam tadi:
1. Hazama - 45%
2. Lena - 28%
3. Fina - 15%
4. Azri - 12%

Akademi Fantasia musim ke 9 ini adalah musim terakhir setelah diterbitkan Astro buat kali pertama pada tahun 2003. Konsep program ini diambil dari program realiti Mexico, La Academia. Dengan berakhirnya Konsert AF9 ini, maka dengan ini berakhir jugalah Akademi Fantasia untuk selama-lamanya dan sudah pastinya segala kenangan yang tercipta bermula dari musim pertama hingga yang terakhir bakal dikenang buat selamanya. Satu Harapan, Satu Tujuan, Satu Destinasi. Impian pelajar-pelajar AF1 hinggalah AF9 telah pun berubah menjadi realiti. 
Jude Toyat
Malam ini, segala persoalan akan terlerai dan kita akan seterusnya menyaksikan siapakah pelajar, atau kini dikenali sebagai finalis AF9 yang bakal menjulang kegemilangan sekaligus dinobatkan sebagai Juara AF9. Di antara Azri, Fina, Hazama, dan Lena, siapakah juara anda?

Setelah berlangsungnya Konsert Mingguan Akademi Fantasia 9 yang disiarkan di Studio 1, Pusat Penyiaran Asia selama 9 minggu berturut-turut, kini acara kemuncak AF9 bakal diadakan di tengah-tengah pusat pentadbiran negara. Dataran Putrajaya, Presaint 3 Putrajaya bakal menjadi medan pertempuran terakhir bagi 4 finalis AF9. Debaran kian terasa detik demi detik menjelangnya Konsert Akhir AF9 ini.

Sebelum bermulanya acara kemuncak pada malam ini, pelbagai acara sampingan telah dirancang bagi hiburan seisi keluarga. Acara seperti Showcase Mini turut diadakan dengan menjemput beberapa bekas pelajar AF musim-musim yang lepas. Peserta dari rancangan Maharaja Lawak juga bakal menghiburkan anda bermula jam 8 malam, sejam sebelum Konsert Akhir AF9 bermula. 

Siapakah yang bakal menjuarai AF musim terakhir ini? 

Finalis-Finalis AF9

Azri, 24, Selangor
Lagu Final: Aku Tak Bisa (Slank)
Lagu Baru: Niskala
Fina, 18, Melaka
Lagu Final: Satu Harapan (Jaclyn Victor)
Lagu Baru: Menangis Lagi
Hazama, 27, Keramat
Lagu Final: Pukau (Tomok)
Lagu Baru: Cinta Teragung

Lena, 21, Sabah
Lagu Final: Dunia (Bunkface)
Lagu Baru: Sisa Kisah Kita


Juju Says: Kali ini, saya konfem lah Hazama yang akan jadi Juara, saingan yang paling dekat mungkin Fina. Apa2 pun, selamat menonton di Astro RIA Saluran 104! ;)



































Jude Toyat
Di antara keempat-empat pelajar Top 4 AF9, iaitu Azri, Fina, Lena, dan Hazama...Hazama nampaknya menjadi pilihan serta favourite peminat untuk diangkat sebagai juara AF9. Malah, setakat ini, dia juga telah mendahului di tempat yang teratas dari segi jumlah undian. Adakah ini memberi satu petanda bahawa Hazama yang akan jadi juara AF9?

Kalau nak tahu sama ada ramalan ini tepat atau sebaliknya, keputusan hanya akan diumumkan oleh Aznil sejurus selepas berakhirnya konsert AF9 nanti.
Jude Toyat
Love is another feeling which every person in this world are bound to have or atleast feel it. What I mean here is, all of us are loved from all aspects and spots in circle of life. But does that really meant that we are always on the better side of live, or maybe not, if we are loved, i mean truly loved, will it be a pain in the head and mind as well?

What really makes me to have the urge to write this down is that since I have encountered many lovers in my life, my friends, my families, siblings, roommates, etc....I found it is pretty much as hard as it tend to be to really have a true love.


People, especially nowadays tend to regard love as something to have, as not something to gain...what I meant here is, we can always have love from possibly everyone in life, but sometimes true love is just not for us to own. Love is precious, it is something gained from mutual respects and understanding, rather than the enjoyment of having someone in your life just in order to fill your emptiness.
Love is pretty much awkward itself...it acts as if it is meant to be a sweet poison...it is sweet but it can be pretty much harmful to those who does not really understand, appreciate and hold on the meaning of a true love. When someone is in love, they will inconsiderably do anything in order to satisfy the need of love. As for example, a boy who is in love with a girl...he will sacrifice bits, or maybe lots, of his life just to be with her, for what he himself considered as true love...BUT what does this really meant, on the other side!?

Let me explain, if someone is truly in love, or atleast feel they are...they will do, follow, and sacrifice almost anything that they could just to follow where their hearts may lay eyes on to...more of doing without thinking about the reality. Love is rather somewhat poisonous as it can make someone drunk in it and do things without logical thinking. But worse of all, is to sacrifice our own future just for the sake of the unwillingness to be away from the love ones...I can't believe how foolishly thinking is a person when the only sweet thing in life, which is LOVE, will eventually ended up being the worse POISONOUS element which they can possibly have...
And as for me, I choose not to be in love, but I choose to have mutual respect, understandings and all morales considerations, before I am fully capable of gaining LOVE. I may be alone at person, but I am not in heart. I honor LOVE, and that is the reason why I don't play a fool with the most powerful element in life, LOVE can STRENGTHEN, Love can DESTROY, it is you who choose the path for yourself, so choose wisely, it's always the best for your own future undertakings in this temporary life.

Juju Says: Appreciate Love, Do Not Let It Destroy You, But Make It Strengthen You ;)