Malam ini, segala persoalan akan terlerai dan kita akan seterusnya menyaksikan siapakah pelajar, atau kini dikenali sebagai finalis AF9 yang bakal menjulang kegemilangan sekaligus dinobatkan sebagai Juara AF9. Di antara Azri, Fina, Hazama, dan Lena, siapakah juara anda?
Setelah berlangsungnya Konsert Mingguan Akademi Fantasia 9 yang disiarkan di Studio 1, Pusat Penyiaran Asia selama 9 minggu berturut-turut, kini acara kemuncak AF9 bakal diadakan di tengah-tengah pusat pentadbiran negara. Dataran Putrajaya, Presaint 3 Putrajaya bakal menjadi medan pertempuran terakhir bagi 4 finalis AF9. Debaran kian terasa detik demi detik menjelangnya Konsert Akhir AF9 ini.

Sebelum bermulanya acara kemuncak pada malam ini, pelbagai acara sampingan telah dirancang bagi hiburan seisi keluarga. Acara seperti Showcase Mini turut diadakan dengan menjemput beberapa bekas pelajar AF musim-musim yang lepas. Peserta dari rancangan Maharaja Lawak juga bakal menghiburkan anda bermula jam 8 malam, sejam sebelum Konsert Akhir AF9 bermula.
Siapakah yang bakal menjuarai AF musim terakhir ini?
Finalis-Finalis AF9
![]() |
| Azri, 24, Selangor Lagu Final: Aku Tak Bisa (Slank) Lagu Baru: Niskala |
![]() |
| Fina, 18, Melaka Lagu Final: Satu Harapan (Jaclyn Victor) Lagu Baru: Menangis Lagi |
![]() |
| Hazama, 27, Keramat Lagu Final: Pukau (Tomok) Lagu Baru: Cinta Teragung Lena, 21, Sabah Lagu Final: Dunia (Bunkface) Lagu Baru: Sisa Kisah Kita |
Juju Says: Kali ini, saya konfem lah Hazama yang akan jadi Juara, saingan yang paling dekat mungkin Fina. Apa2 pun, selamat menonton di Astro RIA Saluran 104! ;)

>

Post a Comment