Konsert Kenangan AFNIL telah diadakan pada hari Sabtu, 11 Jun 2011, sehari sebelum Konsert Final AF9, di mana berakhirnya Akademi Fantasia yang telah pun berlangsung selama 9 tahun berturut-turut. Konsert ini bertujuan bagi mengimbau kembali kenangan sepanjang 9 tahun AF diterbitkan. Terasa sebak juga terkenangkan AF akan berakhir, padahal dulu pun pernah bermimpi-mimpikan nak masuk AF tapi apakan daya, bakat xcukup lh kot, sebab tu xmasuk, kesian kan.haha
Konsert itu telah diadakan di Studio 1 Astro Bukit Jalil, dirakamkan pada hari Ahad lepas. Bekas-bekas pelajar Akademi Fantasia telah dijemput untuk memeriahkan konsert...Meskipun hanya sebuah konsert memori terindah, tetap ada hadiah yang menanti bekas-bekas pelajar yang akan bertanding pada malam ini...di mana seorang bekas pelajar yang menang dalam konsert kenangan ini akan membawa pulang sebuah kereta Persona Elegance. Fuyooo, untung giler, dh jd artis balik lg buat persembahan, boleh menang kereta lagi tu, kan ;)
Setiap daripada peserta Konsert Kenangan AFNIL ini dipilih mengikut beberapa kriteria dan mewakili setiap musim. Turut dipilih adalah mereka yang tidak berjaya ke konsert final terutama bintang yang tersingkir sebelum minggu konsert akhir diadakan...dan memandangkan konsert ini membabitkan kenangan suka duka peserta, jadi mereka yang dirasakan ada sejarah menarik untuk dikongsi bersama penonton dijemput hadir.
Juara Konsert Kenangan AFNIL telah pun dinobatkan kepada Zarina, bekas pelajar AF2...dia pun mengumumkan bahawa hadiah tersebut adalah hadiah paling istimewa buat beliau, mana tidaknya kan, banyak memori terkenang kembali sejenak melangkah kaki di atas pentas AF.
Konsert Kenangan AFNIL berjaya mengamit memori lampau, apabila pengacara Aznil bertindak memainkan emosi penonton dengan usikan nakal kepada para peserta. Aznil berkata konsert tersebut memberi banyak kenangan sehingga membuatkannya begitu tersentuh terutamanya kehadiran bekas-bekas pelajar yang datang memberi sokongan. Walaupun konsert ini mempertandingkan bakat bintang-bintang AF, namun mereka bertanding bukanlah untuk menang, sebaliknya untuk melepaskan rindu dengan rakan-rakan lain.
Antaranya, pasangan suami isteri Khai dan Rosma muncul bersama anak sulung mereka...peserta adik beradik Diddy mewakili AF4 turut bertanding bersama adiknya Kay AF9 di pentas dengan persembahan istimewa...selain Rosma, Zarina dan Diddy, turut bertanding adalah Kefli AF3, Shawal AF5, Ika AF6, Zizie AF7, Ain AF8, dan Raqib AF9.
Dan akhir sekali bagi menghangatkan final AF9, kemunculan istimewa daripada keempat-empay finalis AF9 iaitu Hazama, Lena, Fina dan Azri juga tampil membuat persembahan khas buat senior-senior mereka.
Di kesempatan ini, saya ingin juga menampilkan juara-juara AF dari musim pertama hinggalah musim kelapan.
Semoga terus berjuang di medan seni...;)
![]() |
| Juara AF1 - VINCE |
![]() |
| Juara AF2 - ZAHID |
![]() |
| Juara AF3 - MAWI |
![]() |
| Juara AF4 - FAIZAL |
![]() |
| Juara AF5 - MILA |
![]() |
| Juara AF6 - STACY |
![]() |
| Juara AF7 - HAFIZ |
![]() |
| Juara AF8 - SHAHIR SIAPAKAH PULA JUARA AKADEMI FANTASIA TERAKHIR INI??? |










>


Post a Comment